Selasa, 15 Desember 2015

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh, karena itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) Sedekah adalah memberikan kegembiraan bagi si pemberi dan membuat wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) Sedekah menjadi sarana pengampunan dosa  dan mengikis kejahatan

10) Sedekah sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik (khusnul khotimah)

11) Orang yg bersedekah adlah indikasi org yg baik di kalangan manusia. Manfaat sedekah adalah utk semua yg terlibat baik sipemberi maupun sipenerima. (bukan hanya utk si pemberi)

12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) Orang yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan melepaskan kesulitan.

16) Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi jalan rezeki dan kemenangan

18) Sedekah menjadi obat, penawar dan penyembuh

19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) Pahala sedekah adalah tetap  walaupun diberikan kepada hewan ternak atau burung2 yg kelaparan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar